Khamis, 22 April 2010

SAMBUTAN HARI KELUARGA BANI SA'AT TAHUN 2007 & 2008

PERUTUSAN DARI PENGERUSI MAJLIS SAMBUTAN HARI KELUARGA& SILATURRAHIM



Assalamualaikum wbt.

Syukur kita kehadrat Allah s.w.t. kerana kita dapat lagi bertemu dalam satu majlis yang sangat berfaedah ini. Matlamat untuk menyuburkan benih-benih persaudaraan yang kita rancangkan itu kini sedang berkembang dan akan terus kita pupuk dan bela dengan bersungguh-sungguh.

Persaudaraan ini mudah-mudahan akan melahirkan suasana kemesraan di antara kita dan dalam masa yang sama perasaan tanggungjawab kehidupan dalam keluarga kita akan dapat dilaksanakan. Kita akan terus bersatupadu untuk bertindak bersama-sama di landasan yang sha dan tidak bercanggah dengan kepentingan umum.

Kita akan mengatur pelan bertindak kesatuan kita nanti supaya kita dapata melaksanakannya dengan teratur dan berkesan bagi kepentingan kita bersama. Penyusunan strategi bertindak khusnya di bidang sosioekonomi insya Allah akan dapat dimunafaatkan oleh ahli-ahli dalam kehidupan kekeluargaan mereka.

Pergerakan dalam satu pasukan yang kukuh dengan semangat kekeluargaan itu diharapkan dapat membantu kita mencapai matlamat untuk memeliahara kepentingan kumpulan kita dan tidak melupakan kepentingan sahabat dan rakan-rakan kita dalam masyarakat di mana kita berada. Inilah harapan kita yang akan terus kita pertahankan dan dilaksanakan dalam memantapkan perjalanan persatuan kita.

Terima kasih.

Dato` Hj. Zainalabidin b. Mohamed Zin
Pengerusi
Majlis Sambutan Hari KEluarga & Silaturrahim BANI SA`AT
03 November 2007.

Keratan akhbar Metro -Ahad 4 November 2007
( Gambar keluarga Bani Saat bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani b. Othman)

bsssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssb

Assalamualaikum wbt.

Syukur kita ke hadrat Allah swt. yang memberi kita rahmat untuk terus berusaha bagi mempertingkatkan hubungan silaturrahim dengan saudara mara kita khusnya dari keturunan Allahyarham Muhammad Sa'at bin Abbas.

Saya percaya usaha murni yang kita hayati dengan hati yang ikhlas dan bersungguhan itu akan membuahkan manfaat kepada Persatuan BANI SA'AT ini. Apa yang kita usahakan ini adalah dengan harapan supaya bukan sahaja hubungan di antara kita bertambah elok tetapi juga akan meneruskan kecemerlangan keturunan ini. Kita sesdari di masa yang lalu keluarga ini merupakan individu-individu yang sentiasa dapat memelihara keutuhan dalam hubungan kekeluargaan mereka dan menampilkan diri sebagai insan yang bertanggungjawab dalam masyarakatnya. Kita akan terus berdoa semoga Allah akan memberi taufik dan hidayahnya untuk kita semua terus mengekalkan semangat kekeluargaan ini. Mudah-mudahan usaha kita akan dapat memberi faedah kepada setiap ahli kita dan masyarakat di mana kita beradaa. Usaha yang berterusan ini akan kita pertingkatkan supaya Persatuan kita menjadi satu persatuan yang membawa manfaat untuk masa kini dan akan datang untuk semua.

Saya juga percaya bahawa perjumpaan hari raya Keluarga Muhammad Sa'at ini akan dapat kita teruskan dari semasa ke semasa. Kita berharap ia akan terus mendapat sokongan dari semua pihak khusnya dari kalangan keluarga kita sendiri. Peningkatan kepada pengisian sambutan ini perlu kita tambah atau kita perkembangkan sehingga dapat memenuhi harapan dan cita-cita kita semua.

Akhirnya say ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada setiap individu keluarga BANI SA'AT. Takaballahu minna wa mingkum.

Terima kasih.

Dato' Hj. Zainalabidin bin Mohamed Zin
Pengerusi
Majlis Sambutan Hari Keluarga & Silaturrahim BANI SA'AT.
26 Oktober 2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan