Khamis, 8 April 2010

keluarga






(Plak di Makam Daeng Celak)

Menziarahi Makam Daeng Marewah, Daeng Celak, Daeng Kemboja, Raja Haji Fisabilillah, Raja Ali Haji dll. di Pulau Bentan (Pulau Penyengat) Kepulauan Riau, Indonesia pada 14/03/2010.


Makam Daeng Marewah, Daeng Celak dan Daeng Kemboja terletak di Daerah Senggarang, Pulau Bentan, Kepulauan Riau ,Indonesia.

Manakala Makam Raja Haji, Raja Ja'afar dan Raja Ali Haji terletak di Pulau Penyengat di barat Pulau Bentan, Kepulauan Riau, Indonesia.

Rombongan kami seramai enam orang terdiri daripada Dr. Zulkarnain bin Md. Rawi, Cekgu Ab. Rahman Gani, Hj. Mat Nor b. Wahab & isteri Hjh. Zaiton bt. Osman dan Amin bin Lamad & Asnah bt. Osman menaiki feri dari Jeti Setulang Laut, Johor Bahru, Malaysia jam lebih kurang 1.00tgh melalui selat Johor menyusur di bahagian timur Changi Singapura dan sampai di Tanjung Pinang, ibukota Pulau Bentan jam lebih kurang 4.00pm waktu Malaysia.




TANJUNG PINANG - ibu kota KEPRI (Kepulauan Riau/Pulau Bentan), Indonesia.

Kami menginap di Hotel Furia. Sewa bilik hotel sebanyak RM110.00 untuk satu malam. Pihak pengurusan hotel bersedia menerima bayaran samada Ringgit Malaysia atau US Dollar. Ruangan bilik ini kira-kira boleh dimuatkan dengan dua katil kelamin. Tetapi kami yang berkelamain hanya menginap berdua sahaja.

Kebanyakan peniaga-peniaga (mengikut anggaran penulis sekadar 90 %) di Bandar Tanjung Pinang ini adalah terdiri dari orang Tiong Hua berbahasa Indonesia. Kami berhati-hati untuk mencari makanan yang halal. Dalam lawatan kami selama dua hari itu kami menjamu selera di MELAYU SQUARE di pesisir pantai sebelah barat Tg. Pinang. Setengah-tengah penjual makanan di situ pernah mendapat pengalaman di Malaysia Barat (di Johor, Melaka , NS dan Selangor ).

Lalulintas di Bandar Tg. Pinang terlalu sesak dipenuhi dengan kenderaan berjenama Toyota/Kijang buatan Jepun. Motosikal buatan Jepun juga menambah kesesakan lalulintas. Difahamkan bahawa sebahagian motsikal ini membawa penumpan berbayar untuk menuju ke sesuatu destinasi mereka.

Kami juga sempat melawat pantai peranginan di timur laut Pulau Bentan iaitu Pantai Trikura dengan menaiki kereta Kijang (mirip Toyota Unser). Perjalanan memakan masa selama lebih kurang tiga jam.



(Rombongan bergambar di Pantai Tikura, Bentan)



Anda- anak cucu BANI SAAT berketurunan Daeng Lima Beradik harus menziarahi tempat-tempat bersejarah ini walaupun asal usul tempat tumpah darah orang-orang Bugis ialah di Ujung Pandang, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Kami meneruskan ziarah kami ke Pulau Penyengat. Pulau ini terletak di sebelah barat kota Tg. Pinang sejauh lebih kurang 1.5 Km. dari Jeti Kota Tg. Pinang. Pulau Penyengat terletak di muara Sg. Riau, Bentan. Ia terdiri dari beberapa buah kampung yang tergabung dalam suatu desa atau kepenghuluan disebut sebagai Kepenghuluan Pulau Penyengat. Sebahagian besar penduduknya terdiri daripada suku Melayu berbahasa Melayu Riau. Difahmkan bahawa hanya sebuah keluarga sahaja yang datang dari suku Tiong Hua. Mereka bekerja sebagai nelayan, buruh lepas dan ada yang bekerja sebagai Pegawai Negeri dan swasta di Kota Tg. Pinang.





(Rombongan Menaiki Sampan Kotak Dari Tg. Pinang Menuju ke Pulau Penyengat)



( Menghampiri Pulau Penyengat )

Di latar belakang, kelihatan Mesjid 4 Menara, itulah Mesjid Raya Sultan di Pulau Penyengat. Ia mempunyai 4 Menara Kuning dan 13 buah kubah jumlahnya 17 belas melambangkan 17 rakaat sembahayang wajib sehari semalam bagi orang Islam.















BECA MOTOSIKAL - kenderaan yang terdapat di Pulau Penyengat.



Dengan kenderaan ini kami dibawa melawat ke Mesjid Raya Sultan dan makam-makam berikut:-

1. Makam Engku Putri Permaisuri Sultan Mahmud
2. Makam Raja Haji Abdullah , Yang dipertuan Muda Riau-Lingga IX (Marhum Mursyid).
3. Makam Raja Ali Haji, Pujangga Riau (Pengarang Gurindam 12; Tuhfat an Nafis dan Salsilah Melayu Bugis).
4. Pusara Raja Haji Abdullah, Hakim Mahkamah Syariah.
5. MAKAM RAJA HAJI MARHUM TELUK KETAPANG.
6. Makam Habib Sheikh b. Habib Awi Assegaf, Penasihat Agama Kerajaan Riau.
7. Makam Raja Jaafar.
8. Makam Raja Ali & kerabatnya.

Kami juga sempat melawat BALAI BUDAYA, KESENIAN & BAHASA IBUNDA RIAU.






( Bergambar Di hadapan Kompleks Makam Engku Puteri )
Di kompleks ini juga bersemadinya jenazah Almarhum Raja Ali Haji, soerang pendita Bahasa Melayu Riau/Ulamak dan Pengarang Gurindam 12 yang mashur.







( Makam Raja Ali Haji-Pengarang Gurindam 12)
















(Makam Raja Haji di kanan, manakala di kirinya ialah makam Habib Sheikh)



( Rombongan kami bergambar di hadapan Makam Raja Haji Marhum Teluk Ketapang )



(Makam Raja Jaafar ibnu daeng Celak, di kanannya ialah Makam Raja Ali binu Raja Jaafar)








(Balai Budaya & Adat Pelamin Melayu Riau )
Di sinilah berlangsungnya Semina Tamadun Dunia Melayu Dunia Islam seperti gambar bawah.











Sejarah hanya tinggal kenangan untuk anak cucu yang mendatang.













































Tiada ulasan:

Catat Ulasan