Khamis, 24 Jun 2010

Mendaftar menjadi ahli BANI SA`AT

Bismillah-hir-rahma nirrahieem.

Pada 04 Jun 2010 saya ada memuatkan berita tentang Mesyuarat Agung Perwakilan ke 2 BANI SA`AT.

Di antar perkara yg. ditimbulaknoleh Yang Dipertua iaitu Dato` Hj. Zainalabidin bin Mohamed Zin ialah masih lagi terdapat keluarga keturunan Allahyarham Muhamad Sa`at bin Abbas yg. belum menjadi ahli Persatuan BANI SA`AT.

Mengikut bancian rambang terdapat lebih kurang 700 orang yang boleh di katakan bernasab kepada Muhamad Sa`at bin Abbas. Lebih dari separuh belum mendaftarkan diri masing-masing untuk menjadi ahli (samada Ahli Biasa mahupun Seumur Hidup). Mengapa berlaku sedemikian rupa.

Ada sesetengah daripada mereka bertanya "Apa yang mereka dapat setelah menjadi Ahli"?

Apa yang boleh difahamkan dengan soalan ini? Saya fikir persepsi mereka mungkin untuk mendapatkan sesuatu imbuhan dalam bentuk wang ringgit yang banyak.

Dalam mana-mana persatuan pun secara logik anda tidak akan dapat menerima apa-apa imbuhan yang banyak, mithalnya beberapa ribu ringgit.

Dalam Perlembagaan ada di nyatakan apa-apa dia tujuan diujudkan persatuan ini.

Tetapi seseorang yang belum menjadi ahli memamg tak baca perlembagaan maka sewjarnya tak
mengerti apa yang dia dapat setelah menjadi ahli. Kita akan beroleh sedikit manfaat bukan berbentuk wang ringgit tetapi ialah manfaat seperti yang di gariskan dalam perlembagaan.

Dalam perlembagan Persatuan BANI SA`AT ada dinyatak mottonya berbunyi "MENYATU, MEMBELA dan MEMBANTU"

Bagaimana kita harus menyatukan seluruh ahli keluarga yang berselerak di ceruk rantau negara Malaysia kalau mereka ini tidak tampil mendaftarkan diri menjadi ahli dan sama-sama berhimpun, bermuzakarah serta menyumbang apa-apa jua bantuan yang mampu disalurkan kepada persatuan yang sah dari segi undang-undang Malaysia.

Setelah semuanya bersatu dan menyumbang barulah kita beroleh kekuatan untuk MEMBELA dan MEMBANTU ahli-ahli yang kurang upaya(maaf) dan kita akan mampu mendirikan satu Yayasan yang kukuh untuk menaikan namaMUHAMAD SA`AT BIN ABBAS di mata dunia khusnya dikalangan ummat Islam dari keturunanbangsa Bugis yang mana salasilahnya adlah dari keturuan Putri Balqis isteri Nabi Allah Sulaiman a.s.

Kita tidaklah berbangga, tetapi bersyukur kepada Allah s.w.t dan satu kewajiban menjagi nama baik serta meninggikan zuriat-zuriat yang telah ternama.

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar walillahil hamd.

Jumaat, 4 Jun 2010

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KE 2

TANGGAL 23 MEI 2010
Berlangsung MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KE 2 Persatuan Keturunan Muhamad Sa`at bin Abbas (BANI SA`AT).

Mesyuarat Agung in diadakan di Balairaya Kg. Sg. Tongkang, Rengit , Bt. Pahat, Johor.
Dalam mesyuarat ini tidak ada sebarang pemilihan jawatan kuasa kerana mengikut Fasal 9 dibaca bersama dengan Fasal 3(2), 3(4) dan Fasal 10 Perlembagaan BANI SA`AT.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa telah diadakan dalam Mesyuarat Agung Pertama pada 23 Mei2009.Mereka-mereka yang terpilih untuk memegang jawatan adalah seperti berikut:-

YANG DIPERTUA : DATO` HJ. ZAINALABIDIN B. MOHAMED ZIN

TIMBALAN YG. DIPERTUA : MD. NASIR B. SUJAN

NAIB YG. DIPERTUA : AMIN BIN LAMAD

SETIAUSAHA : AZLE B. ZAINALABIDIN

BENDAHARI : JALALUDDIN B. HARON

AHLI J/K : MOHD. SANI B. ABDULLAH

" : SULAIMAN B. YON

" : MOHD. YUSOF B. AMIR

" : NORAH BT. JOHARI

" : MOHD. ZOBER B. MOHD. SAID

" : OMAR B. AHMAD

" : AMELAH BT. YAACOP

" : AZAMAN B. MOHAMAD ALI

" : MINAH BT. ISMAIL

AJK DILANTIK : ABD. HAFIZ B. JAAFAR

" : MOHD. ARIFF B. YATIM

" : OTHMANB. YAAKOP

" : ABU SAMAH B. HARUN

PEMERIKSA KIRA2 : TAJUDIN B. LEP

" : HALIMATUS SA`ADIYYAH BT. AMIN

Pemegang-pemegang jawatan seperti di atas akan memegang jawatan sehingga Mac 2011.
Mesyurat Agung Perwakilan ke 3 akan diadakan sebelum 31 Mac 2011 samada memilih jawatankuasa baru atau mengekalkan yang sedia ada.

Jika ahli persatuan inginkan perubahan, mereka perlu membuat cadangan berserta dengan sokongan. Sdr. sdri bolhlah melantik AJK baru yg. lebih berwibawa serta sanggup berkorban apa sahaja demi perjuangan persatuan.

MAJULAH PERSATUAN BANI SA`AT.