Isnin, 26 April 2010

DARI ALLAH KITA DATANG & KEPADANYA KITA KEMBALI

Assalamualaikum,

Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian.

Inilah hakikatnya. Seterusnya dimaklumkan bahawa insan bernama HJH. FATIMAH (Jidah) BINTI ZAINAL , 56 tahun telah kembali ke rahmatullah pada 24 April 2010 di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor kerana mengidap kanser. Jenazah di kebumikan pada 25 April 2010 jam 10.00 pagi di tanah perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor.

Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah semoga rohnya dirahmati Allah serta dihimpunkan bersama-sama mereka yang baik-baik serta beriman.

Semasa hayatnya beliau merupakan anak sulung Hjh. Khalijah(ibu) bt. HJ. Abdullah bin Muhammad Sa'at bin Abbas. Dengan lain perkataan insan ini adalah dari kalangan keluarga BANI SA'AT.

Allahyarhamah meninggalkan soerang duda (HJ. Razali Ahmad) dan lapan orang anak(anak yang ke lapan baru berusia 4 tahun). Beliau pernah bertugas di Parlimen Malaysia dan terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir sebagai Setiausah di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, Selangor.

Sesiapa yang tak berpeluang menziarahi jenazahnya, saya cadangkan anda mengerjakan sembahayang hadiah, sila rujuk ustaz-ustaz yang berwibawa di sekitar anda.

Dengan kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan perkhabaran bahawa sebelum daripada ini semenjak Keturunan Bani Saat mengadakan majlis Sambutan Hari Keluarga mulai tahun 2005, beberapa ahli telah kembali kerahmatullah. Di antaranya:-

1. Fuad bin Lajis(suami kpd.Anchum bt. Mohd Nor) dari keturunan Abil b. Muhammad Sa'at.
2. Kona bt. Abdullah dari keturunan Fatimah bt. Muhamad Sa'at.
3. Kamah bt. Abdul Majid dari keturunan Hawa bt. Muhamad Sa'at.
4. Muhamad b. Saat (suami Zaleha bt. Muhamad) dari keturunan Abdullah b. Muhammad Sa'at.
5. Rahmat bin Abdul Majid dari keturunan Hawa bt. Muhammad Sa'at.
6. Ahmad b. Said (suami kpd Jameah bt. Abdullah) dari keturunan Abdullah b. Muhammad Sa'at.
7. Kamisah bt. Abdul Majid dari keturunan Hawa bt. Muhammad Sa'at.
8. Baharom bin Rabu dari keturunan Siti bt. Muhammad Sa'at.
9. Yang Chik bt. Lamat dari keturunan Awal b. Muhammad Sa'at
10.Gayah bt. Lamat dari keturunan Awal b. Muhammad Sa'at.
11.Ali bin Hamid dari keturunan Fatimah bt. Muhammad Sa'at.
12. SANIAH BINTI LAMAT dari ketutunan Awal b. Muhammad Sa'at(meninggal dunia pada 24/04/2011 d kebumikan di FELDA Papan Timur, K.Tinggi Johor)
13. SADIAH BT. LAMAT dri keturunan Awal b. Muhammad Sa'at
14.Abu Samah b. Haron ( AJK ) dri keturunan Siti bt. Muhammad Sa'at meninggal dunia pd. 08/08/2014.
15. SALIPAH BT. LAMAT meninggal dunia di Kg. Rawang, Ledang Johor
16. SIDEK B. LAMAT meninggal dunia & d kebumikan d tanah perkuburan Tg. Gading, Ledang Johor.
17. Abd. Rahman b. Hamid dari Kg. Duyong, Melaka meninggal dunia pd. 31/12/2017.
18. DATO' ZAINALABIDIN B. Mohamad ZIN meninggal dunia pd. 04/01/2018 DI jb.
19. Norliah bt. Mohamad meninggal dunia  pd. Jan. 2018 di Taiping Perak.
20. Mohamad Ali b. Lamat meninggal dunia pd 20/11/2020(JUMAAT).

Ada kemungkinan bahawa beberapa nama yang tertinggal kerana kurang ingatan atau saya tidak menerima sebarang maklumat. Di harap sampaikan atau sebarkan berita-berita kematian atau apa-apa musibah yang dialamai oleh mana ahli keluarga.

Jikalu tidak menjadi apa-apa masalah bagi sesuatu keluarga yang mana ahli keluarganya mengalami keperitan hidup atau menerima musihah Allah kerana sesuatu penyakit,saya ingin mengongsikan berita bahawa saudara kita yang pernah menjadi Pemidato Motivasi setiap Hari Keluarga diadakan, iaitu tidak lain tidak bukan Sdr. Ustaz MOHD PUAD B. MD. LIP kini dalam keuzuran. Sesiapa ada kelapangan bolehlah menziarahi beliau dan hulurkan apa-apa bantuan yang termampu semoga silaturrahim kita berterusan.

Puan Hjh. Salipah bt. Lamat telah diserang angin ahmar semenjak dua tahun yang lalu.

Sekian jumpa lagi, wassalamualaikum w.b.t.

2 ulasan:

  1. AJK Bani Sa'at meninggal dunia pd 08/08/2014

    BalasPadam
  2. 1. Hjh. Slipah bt. Lamat telah kembali ke rahmatullah.
    2. Hj. Sidek b. Lamat juga telah kembli ke rtahmatullah.
    3. AAbd. Rahman b. Hamid dri Melaka (Bani Saat) telah kembali ke rahmatullah pd. 31/12/2017
    4. Dato'Hj. Zainalabidin b. Mohamad Zin kembali nke rahmatullah npd. 04/01/2018.

    BalasPadam